Apalah nasib Orang Asli Grik..
ENTAH apa akan jadi apabila masyarakat orang asli di Gerik sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk menghentikan aktiviti pembalakan dengan mendirikan sekatan di Cinaweng, Tasik Cunex dan terbaru di Sungai Papan.
Laporan polis serta aduan dibuat kepada agensi berkaitan pun tidak dapat menghentikan aktiviti pembalakan itu.
Enam hari lalu tular video masyarakat orang asli di Gerik, Perak menghalang pembalak yang meruntuhkan sekatan bagi membawa hasil balak keluar dari hutan simpan berkenaan.
Dalam video berdurasi 3 minit 23 saat Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (Peka) menyifatkan tindakan pembalak seolah-olah membuli orang asli yang sangat bersusah-payah menjaga tanah adat mereka daripada dirosakkan.
Sejauh mana Orang Asli di sana terus berusaha dan ikuti juga kesungguhan Peka membantu mereka dalam laporan khas Wartawan Sinar Harian dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!