Mawar Rashid jumpa adik kandung selepas 23 tahun terpisah

MAWAR RASHID. FOTO: INSTAGRAM MAWAR RASHID
MAWAR RASHID. FOTO: INSTAGRAM MAWAR RASHID
A
A
A

PELAKON Mawar Rashid berkongsi kegembiraan apabila dapat bertentang mata dengan adik kandungnya setelah 23 tahun terpisah.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, adik perempuan yang dikenali sebagai Aireen itu merupakan anak bapanya daripada perkahwinan bersama isteri kedua.

“Arwah bapa ada tiga isteri, ibu saya nombor dua. Saya tak pernah jumpa adik-beradik daripada isteri nombor tiga. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa itu sangat kecil, umur saya lima tahun.

“Jadi selepas 23 tahun, ini kali pertama jumpa adik kandung saya. Dapat peluk, bercakap dan kenal antara satu sama lain,” ujarnya teruja.

Tambah Mawar, Aireen mempunyai seorang lagi adik perempuan, sekali gus menjadikan dia kakak kepada dua adik perempuan.

Biarpun berlainan ibu, Mawar mengakui perasan sayang sangat menebal dalam jiwanya apabila berjumpa dengan Aireen.

“Selama ini saya fikir jadi anak bongsu, tapi sebenarnya ada adik lagi. Saya sebenar suka ada adik angkat dan sentiasa mahu ada adik perempuan. Alhamdulillah sekarang dapat jumpa betul-betul adik kandung.

“Dia pula sangat manis, cantik luar dalam dan paling penting seorang yang sangat positif. Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa saya bila berjumpa dengan Aireen,” luahnya dalam satu hantaran di laman Instagramnya pada Jumaat.

Dalam perkongsian sama, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 itu pertemuan dengan adik kandungannya itu cukup membahagiakan dirinya sehingga sukar digambarkan dengan perasaan.

“Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat kat adik saya. Lebih-lebih lagi muka dia persis dan mirip sangat seperti arwah bapa. Rindu sangat kat arwah bapa.

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Datuk Haji Wan Abdul Rashid,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!