Tanah runtuh, dua penghuni rumah diarahkan berpindah

Kejadian tanah runtuh di Taman Lipis Fasa 2 pada Jumaat menyebabkan dua penghuni diarahkan berpindah. - Foto Ihsan JBPM
Kejadian tanah runtuh di Taman Lipis Fasa 2 pada Jumaat menyebabkan dua penghuni diarahkan berpindah. - Foto Ihsan JBPM
A
A
A

LIPIS - Dua penduduk terdiri seorang nenek dan cucu di Taman Lipis Fasa 2 di sini diarahkan berpindah susulan kejadian tanah runtuh pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan tanah dan lumpur di lokasi kejadian.Selain itu terdapat juga kerja-kerja pembaikan lereng bukit yang berketinggian 50 meter.

"Kejadian berisiko kepada rumah berhampiran dan dua penghuni melibatkan seorang warga emas wanita dan lelaki dewasa daripada sebuah rumah telah diarahkan berpindah," kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian. - Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian. - Foto Ihsan JBPM

Tambah Zulfadli, mangsa telah berpindah ke rumah keluarga berhampiran.

Jelas beliau lagi, pasukan bomba telah membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat daripada kesan runtuhan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!