KL City, TFC sama padu di Cheras
KUALA Lumpur City FC (KL City FC) terpaksa berpuas hati apabila sekadar terikat 3-3 ketika melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Sebagai rekod, ia merupakan pertemuan ketiga kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Bagaimanapun skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner terlebih dulu memimpin perlawanan menerusi jaringan Omid Nazari pada minit ke-28.
Anak buah Bojan Hodak yang tersentak dengan jaringan itu kembali menyamakan kedudukan menerusi Giancarlo Gallifuoco pada minit ke-36.
Gol itu ternyata membacakan semangat juang finalis Piala FA 2023 tersebut apabila menambah lagi jaringan menerusi Paulo Josue minit ke-41.
Sebelum Romel Morales memastikan The City Boys memimpin separuh masa pertama 3-1 dengan gol pada minit ke-46.
Separuh masa kedua, anak buah Steinbruckner kembali memperkemaskan permainan mula mengasak hebat pasukan tuan rumah bagi mencari gol penyamaan.
Hasilnya, skuad Penyu berjaya meledak dua gol yang dimulakan dengan jaringan Nor Hakim Hassan pada minit ke-50 sebelum gol minit ke-60 Ivan Mamut menutup permainan.
Keputusan di Cheras itu menyaksikan TFC kekal di kedudukan keenam dengan 24 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 24 mata selepas mengharungi 16 perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!