PRN: Antara peluang muka baharu, semangat BN

BN akan mengemukakan calon-calon muka baharu pada PRN nanti. - Gambar hiasan
BN akan mengemukakan calon-calon muka baharu pada PRN nanti. - Gambar hiasan
A
A
A

JIKA sebelum ini sayap Wanita dan Puteri UMNO lantang menyuarakan kehendak mereka untuk diangkat sekurang-kurangnya 30 peratus dalam kepimpinan parti mahupun kerajaan, kini sudah tiba masanya permintaan itu 'dimakbulkan'.

Malah platform Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos nanti juga boleh dijadikan kayu ukur untuk golongan itu menonjolkan kemampuan mereka.

Bertepatan dengan pendirian Barisan Nasional (BN) yang akan mengemukakan calon-calon muka baharu pada PRN nanti, peluang tersebut harus digunakan sebaiknya oleh ketua kedua-dua sayap untuk 'melobi' barisan kepimpinan parti dengan menyenaraikan nama calon yang layak.

Seiring wadah baharu parti keramat itu untuk melahirkan semangat baharu, naratif tersebut harus dilaksanakan bermula pada PRN nanti.

Ketua Puteri UMNO juga dikhabarkan telah menghantar senarai nama beberapa calon yang berpotensi dan kini hanya menunggu pertimbangan daripada barisan pimpinan.

Namun disebalik isu calon muka baharu, harus diberi perhatian juga terhadap pendirian dua parti komponen BN yang dilihat mampu mempengaruhi sokongan terhadap BN-PH pada PRN.

Walaupun MCA dan MIC bertegas tidak akan bertanding, UMNO seharusnya wajar mempertimbangkan kerusi kepada dua parti berkenaan bagi membuktikan semangat kesetiaan dan kewibawaan demi mengekalkan semangat BN.

MCA dan MIC harus diberi peluang untuk bertanding di kerusi yang berpotensi besar sekali gus membantu jentera Kerajaan Perpaduan meraih kemenangan.

Banyak perkara yang harus diberi perhatian oleh barisan kepimpinan BN terutama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mendepani PRN kali ini.

Selain menolak tanggapan pendirian MCA dan MIC itu bukan satu tindakan boikot, beliau juga harus buktikan kepimpinannya masih dipercayai dengan menyediakan satu keputusan yang konkrit.

ARTIKEL BERKAITAN:

BN dapat kerusi PRN lebih daripada sepatutnya

BN senarai 80 peratus muka baharu PRN Kelantan

BN bincang keputusan MCA, MIC tidak tanding PRN

MIC tidak bertanding pada PRN bulan depan

MIC, MCA tak tanding PRN: PH serah pada BN - Nik Nazmi

PH Selangor tidak sisih MCA, MIC

KJ, Shahril sifatkan keputusan MCA, MIC permulaan tamatnya hayat BN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!