Edwin van der Sar dalam rawatan rapi selepas alami pendarahan otak
BEKAS penjaga gol Manchester United dan Belanda, Edwin van der Sar berada dalam rawatan rapi selepas mengalami pendarahan otak, perkara itu diumumkan oleh Ajax.
Memetik laporan Astro Arena, Van der Sar, 52, memenangi Liga Perdana Inggeris empat kali semasa di United, serta Liga Juara-Juara pada 2008, yang turut diraihnya semasa di Ajax.
Selepas bersara, Van der Sar, yang turut menikmati masa di Fulham sebelum menandatangani kontrak dengan United, kembali ke Ajax di mana dia memegang jawatan ketua eksekutif pada 2016, sebelum berundur pada penghujung musim lalu.
“Pada hari Jumaat, Edwin van der Sar mengalami pendarahan otak. Dia kini berada di hospital di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan stabil,” kata Ajax dalam satu kenyataan di Twitter.
“Apabila terdapat lebih banyak maklumat konkrit, kemas kini akan menyusul. Semua orang di Ajax mendoakan agar Edwin cepat sembuh. Keadaan anda sentiasa jadi keutamaan kami."
Walaupun tiada butiran lanjut diberikan oleh Ajax, Van der Sar telah dilaporkan dimasukkan ke hospital ketika berada di Croatia selepas mengalami pendarahan serebrum.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!