Terima kasih MCA, MIC kerana setia - Pemuda UMNO

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Muhamad Akmal (kiri).
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Muhamad Akmal (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Kepimpinan Pemuda UMNO merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan MCA dan MIC kerana kekal setia bersama Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau juga berharap kesetiaan yang terjalin antara parti komponen BN itu dapat dikekalkan lebih lama.

“Terima kasih MCA dan MIC atas kesetiaan bersahabat sejak dari dulu, kini dan insya-ALLAH selamanya. Ini rumah kita yang perlu kita perbaiki bersama-sama.

“Tiada istilah saling mempergunakan antara satu sama lain, yang ada adalah kita saling melengkapi dan menghormati antara satu sama lain. Kekal bersahabat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan, Perikatan Nasional (PN) tidak keberatan memberikan kerusi kepada MCA dan MIC untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti sekiranya dua parti itu meninggalkan BN.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang turut mencadangkan MCA dan MIC menyertai gabungan itu yang mampu menawarkan tempat untuk calon bertanding di kerusi campuran pada PRN kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: PN cadang MCA dan MIC tinggalkan BN, Ka Siong jawab 'No'

Kon Yeow harap ahli MCA, MIC beri sokongan kepada calon PH-BN

Razman pelawa MCA, MIC sertai PN

Dipelawa sertai PN, Pemuda MCA Perak kata 'terima kasih saja lah'

Keputusan MCA, MIC tidak jejas Kerajaan Perpaduan - Anwar

Shahidan pula pelawa MIC, MCA sertai PN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!