Abdul Hadi dilapor sihat, pengerusikan mesyuarat parti

Iskandar berkongsi gambar dan hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.
Iskandar berkongsi gambar dan hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan semakin pulih selepas menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat demam minggu lalu.

Malah, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga berupaya mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti itu pada Sabtu.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menerusi catatan di Facebooknya pada Sabtu.

"Alhamdulillah Tuan Guru Presiden Pas (Abdul Hadi) sihat walafiat untuk mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat pagi ini (Sabtu).

"Doakan Tuan Guru kita dapat terus memimpin ummah dan rakyat," katanya.

Sinar Harian pada 1 Julai lalu melaporka, kesihatan Abdul Hadi merosot dan dimasukkan ke ke salah sebuah hospital di Terengganu bagi menerima rawatan.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Khalil menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Dalam hantaran sama, Muhammad Khalil turut memaklumkan ayahnya berada dalam keadaan uzur sejak hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pas Terengganu di Marang pada 27 Jun lepas.

Difahamkan, Abdul Hadi ke wad disebabkan demam dan bukannya masalah jantung, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

ATIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi dibenar keluar hospital, ucap terima kasih atas doa

Keadaan Abdul Hadi semakin baik, dipindah ke wad biasa

'Mohon doa, solat hajat buat ayahanda Abdul Hadi'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!