Aina Abdul, Haziq hangatkan Muzikalisasi Puisi Puitika Legenda

Muzikalisasi Puisi Puitika Legenda akan berlangsung di Panggung Seni Kota Mahsuri, Langkaw pada 28 Julai depan.
Muzikalisasi Puisi Puitika Legenda akan berlangsung di Panggung Seni Kota Mahsuri, Langkaw pada 28 Julai depan.
A
A
A

GAGASAN Puitika bakal kembali dengan persembahan Muzikalisasi Puisi Puitika Legenda yang akan berlangsung di Panggung Seni Kota Mahsuri, Langkawi, jam 8.30 malam, pada 28 Julai depan.

Puitika yang merupakan sebuah gagasan memperkasakan sastera kebangsaan dan bahasa Melayu dalam bentuk persembahan muzikalisasi itu pertama kali diperkenalkan di Istana Budaya pada tahun 2017 dan diikuti lokasi-lokasi terpilih seluruh negara.

Menariknya edisi kelapan ini akan menampilkan barisan seniman terkenal tanah air yang terdiri daripada Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Lin Haslinaz (Deklamator Kebangsaan), Umar Uzair (penyair dan penyanyi lagu puisi), Shirley Idris (puisitari), Aryan Andika (deklamator cilik) dan Hakim Azman (Juara Kejohanan Silap Mata Asia).

Tidak ketinggalan penyanyi popular Aina Abdul dan Haziq Rosebi turut tampil membuat persembahan istimewa mereka yang bakal diiringi secara langsung oleh orkestra tradisional Kabus Kota Mahsuri.

Muzikalisasi Puisi Puitika Legenda mendapat sokongan akrab daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dewan Bahasa dan Pustaka serta Ombak Villa Langkawi.

Tiket-tiket masuk terhad untuk 200 tempat duduk dengan harga RM58 dan RM50 (100 pembeli terawal). Pembelian boleh dibuat melalui pautan wa.link/80hm0c.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!