Tiga kanak-kanak maut kebakaran 'rumah tiub' di Hanoi
HANOI - Tiga kanak-kanak berusia 12 tahun maut dalam kebakaran di sebuah 'rumah tiub' enam tingkat di Hanoi, Vietnam, pada Sabtu, lapor Xinhua.
Kebakaran berlaku kira-kira 5 pagi waktu tempatan di lorong Jalan Tho Quan. Ketika kejadian, pasangan pemilik rumah itu tiada di rumah.
Lorong yang terlalu sempit untuk menuju ke rumah itu memaksa anggota bomba memadamkan kebakaran dari pintu luar, kata polis Dong Da.
Api berjaya dipadamkan selepas lima jam. Mangsa terakhir dikeluarkan dari lokasi kebakaran kira-kira 11 pagi waktu tempatan.
"Rumah tiub”, lazimnya mempunyai satu pintu keluar dan tiada standard keselamatan yang mencukupi, selain terdedah kepada ancaman kebakaran, dengan rekod menunjukkan beberapa insiden kebakaran yang meragut nyawa berlaku sebelum ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!