Tujuh peserta Cabaran #Sinar17 menang RM100 setiap minggu
SHAH ALAM - Tujuh peserta Cabaran #Sinar17 berpeluang memenangi hadiah RM100 setiap hari bermula Jumaat hingga 31 Julai ini.
Eksekutif Pemasaran Sinar Karangkraf, Siti Farihan Ismail berkata, pemenang akan diumumkan di akhbar Sinar Harian pada setiap Isnin mulai 10 Julai ini.
"Tahun ini agak berlainan sedikit kerana pihak kami selalu mengadakan pertandingan kumpul dan menang tetapi kini pembaca dapat memenangi wang tunai RM100 setiap hari sepanjang bulan Julai.
"Syarat untuk menyertainya adalah dengan membeli surat khabar Sinar Harian dan mengambil gambar atau merakam video bagaimana akhbar ini sentiasa relevan dan menjadi sebahagian dari hidup mereka.
"Kemudian muat naik di mana-mana platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok dengan #Sinar17 dan jangan lupa tag lima rakan serta pastikan akaun dalam mod awam," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Siti Farihan, pihak mereka juga menyediakan hadiah istimewa dan sagu hati berjumlah RM500 kepada empat pemenang.
"Individu yang menerima 'like' terbanyak dan kreatif berpeluang memenangi RM1,000.
"Bagi pemenang hadiah utama dan sagu hati akan diumumkan pada 31 Julai," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut berharap cabaran itu mendapat sambutan daripada orang ramai terutama pembaca setia Sinar Harian.
Maklumat lanjut boleh hubungi WhatsApp 019-2133355 (8.30 pagi hingga 5 petang) Isnin hingga Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!