PSG sambar pemain Korea Selatan

Kang-in
Kang-in
A
A
A

PEMAIN Korea Selatan Lee Kang-in telah menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dari Real Mallorca dengan kontrak lima tahun, kata kedua-dua kelab itu pada Sabtu.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu, yang menghabiskan dua tahun bersama kelab LaLiga Sepanyol itu membuat 73 penampilan, menjaringkan tujuh gol dan memberikan 10 bantuan.

"Ya, sejujurnya amat sungguh luar biasa apabila dapat menyertai Paris Saint-Germain, ia adalah salah satu kelab terbesar dunia dengan beberapa pemain terhebat.

"Saya juga sebenarnya tidak sabar untuk memulakan pengembaraan musim baharu yang lebih mencabar kali ini,' kata Kang-in dalam satu kenyataan.

Kang-in merupakan pemain terbaru keempat PSG menyertai pemain tengah Manuel Ugarte, pertahanan tengah Milan Skriniar dan penyerang Marco Asensio.

Sebelum ini, juara Perancis itu turut menandatangani bekas jurulatih Sepanyol dan Barcelona, ​​Luis Enrique selepas memecat jurulatih Christophe Galtier awal minggu ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!