Kanak-kanak 2 tahun maut bilik terbakar

Kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam kebakaran sebuah bilik di kediamannya di Pantai Bersih, Butterworth.
Kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam kebakaran sebuah bilik di kediamannya di Pantai Bersih, Butterworth.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas rumah yang didiaminya di Taman Pantai Bersih di sini terbakar dalam kejadian pada pagi Ahad.

Mangsa berusia dua tahun itu ditemukan tidak bernyawa dalam salah satu bilik di sebuah rumah flat di tingkat dua di taman berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Mohd Nasir Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.29 pagi berhubung kebakaran di sebuah rumah flat.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah flat di tingkat dua (bangunan empat tingkat) dengan anggaran keluasan 30x30 kaki persegi (kps) dan anggaran peratusan kemusnahan keseluruhan 20 peratus.

"Kebakaran berlaku di sebuah bilik berkeluasan 10x10 kps dan kebakaran telah dipadamkan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Ketika kejadian, mangsa sedang tidur manakala ibunya keluar bekerja dan neneknya sedang mandi.
Ketika kejadian, mangsa sedang tidur manakala ibunya keluar bekerja dan neneknya sedang mandi.

"Bagaimanapun, seorang kanak kanak berusia dua tahun ditemui di dalam bilik tersebut namun didapati telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Benar kejadian melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik berkenaan.

"Ibunya telah keluar bekerja pada jam 7.30 pagi, neneknya sedang mandi manakala ahli keluarga lain sedang tidur. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!