Bekas Pengurus Besar Bernama meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Syed Jamil Syed Jaafar meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi ini.

Isteri Allahyarham Datin Haryani Abdul Jamil ketika dihubungi Bernama pagi ini berkata Syed Jamil, 68, meninggal dunia pukul 4 pagi tadi.

"Jenazah telah dibawa ke rumah ibu saya di Sentul. Jenazah akan dibawa ke Madrasah Tarbiyah, Gombak untuk dimandi dan disembahyangkan," katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak.

Syed Jamil, mula berkhidmat sebagai wartawan kadet di Bernama pada 16 Dis 1969 dan menjadi Ketua Pengarang pada 1995 seterusnya dilantik sebagai Pengurus Besar mulai 23 Oktober 2000 sebelum bersara pada 2007.

Syed Jamil juga pernah dilantik sebagai Penasihat Bernama Systems And Solutions Advisor Sdn Bhd (Bessar), anak syarikat agensi berita nasional itu yang berkemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat (IT).- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!