Timang anak perempuan, Wany Hasrita kini bergelar ibu

Wany dan suami teruja menyambut kelahiran cahaya mata sulung. - Foto INSTAGRAM WANY HASRITA
Wany dan suami teruja menyambut kelahiran cahaya mata sulung. - Foto INSTAGRAM WANY HASRITA
A
A
A

PENYANYI Wany Hasrita kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung yang juga seorang bayi perempuan secara normal pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsi Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 7.14 petang secara normal.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” tulisnya di ruangan kapsyen berserta foto pertama bayinya yang sedang menggenggam tangan.

Penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Menahan Rindu itu turut menitipkan doa dan harapan agar cahaya matanya itu menjadi anak solehah dan pengikat kasih sayangnya bersama suami.

“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapak.

“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak,” ujarnya.

Wany mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga merupakan seorang juruterbang, Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31, pada 22 Julai 2022.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!