'Mana mungkin tiada Langkawi dalam LTdL'

Mohd Suhaimi Abdullah
Mohd Suhaimi Abdullah
A
A
A

AHLI Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah meluahkan kekecewaannya apabila Pulau Langkawi tidak berada dalam senarai laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

Menurut Mohd Suhaimi, beliau berasa sedih apabila menerima perkhabaran pulau legenda itu yang cukup sinonim dengan LTdL tidak termasuk dalam peta perlumbaan kali ini.

“Bukan sahaja saya, malahan saya percaya penduduk Langkawi khususnya juga kecewa apabila perlumbaan LTdL tidak dapat dilangsungkan di Langkawi tahun ini.

“Mana mungkin tiada Langkawi dalam perlumbaan LTdL. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana LTdL ada sejarahnya yang tersendiri di Langkawi.

“Jika tidak dilangsungkan di Langkawi, sebaik-baiknya tidak lagi dinamakan LTdL, letaklah apa sahaja nama lain,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Menyedari aura Langkawi dalam LTdL, Mohd Suhaimi berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula laluan lapan peringkat perlumbaan yang diputuskan sebelum ini.

“Jika LTdL tidak diadakan di Langkawi, sudah tentu peniaga-peniaga kecil lebih terkesan kerana mereka akan hilang sumber untuk mencari pendapatan tambahan.

“Malah, kita juga mahu mempromosikan pelancongan di Langkawi. Tetapi bila Langkawi 'tanpa' LTdL, bagaimana kita mahu meningkatkan ekopelancongan di Langkawi.

“Tolong jangan libatkan politik dalam sukan, ini bukannya masa bermain politik. Jadi saya harap kerajaan (KBS) kaji semula laluan LTdL,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!