Dua maut, tujuh parah kemalangan babit bas, kereta

Keadaan bas ekspres selepas terbabit kemalangan di Kilometer 285.5 Lebuhraya PLUS arah utara pada awal pagi Isnin.
Keadaan bas ekspres selepas terbabit kemalangan di Kilometer 285.5 Lebuhraya PLUS arah utara pada awal pagi Isnin.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Dua maut dan tujuh penumpang bas cedera parah akibat kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara pagi Isnin.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Komander Operasi Bakarya Mohd Salleh berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 pagi tadi.

Memaklumkan perkembangan terkini insiden itu, katanya jumlah mangsa terlibat yang menaiki bas tersebut adalah 22 individu termasuk dua yang maut iaitu pemandu bas (lelaki) dan penumpang wanita warga Indonesia.

"13 mangsa (penumpang) lain cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Bakarya berkata, mangsa yang menaiki kereta pula terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!