[VIDEO] Kerajaan Perpaduan tunggu masa tersungkur - Muhyiddin

A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengibaratkan Kerajaan Perpaduan yang di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini hanya menunggu masa untuk tersungkur.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menyangka kerajaan gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) itu ketika ini ‘kacau bilau’ dan berada dalam keadaan yang dahsyat.

“Sejak bila UMNO sebulu dengan DAP? Dari dulu sampai la ni, kalau sebut UMNO dengan DAP, no way... no go.

“Yang ini sudah berlaku... sudah timbul kacau bilau politik dalam PH dan kacau bilau politik dalam BN, dah kalau parti yang mendukung kerajaan Pusat begitu keadaannya, zahirnya nampak berpadu, tapi sebenarnya tidak lagi berpadu, tunggu masa sahaja akan terburai, tersungkur jatuh.

We are talking a serious situation (kita bercakap soal situasi yang seriu), keadaan yang cukup dahsyat yang cukup berat. Sebab itu setiap hari kita tengok Anwar buka mulut, saham jatuh, ringgit jatuh, semuanya jatuh. Bukan sahaja soal jatuh, orang tidak percaya. This is important (ini sangat penting),” kata Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sembilan Perikatan Nasional (PN), di sini, pada Ahad malam.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin turut mendakwa, kerajaan ketika ini dilihat tidak mampu untuk membawa kestabilan kepada rakyat.

Rentetan itu, jelasnya, pilihan raya Negeri (PRN) di enam buah negeri bulan depan bakal menjadi penanda aras menerusi pungutan suara rakyat sama ada mahu mengekalkan kerajaan sedia ada ataupun memulangkan semula mandat kepada PN.

Jelasnya, beliau yakin ‘kuasa undi’ rakyat pada 12 Ogos ini di enam negeri itu nanti bakal membawa mesej yang jelas kepada kerajaan gabungan PH dan BN ketika ini. - AWANI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!