Mati menyorok dalam peti sejuk
SAINT PAUL - Seorang lelaki yang ditemui mati dalam peti sejuk di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) bulan lalu dipercayai bersembunyi bagi mengelak ditangkap polis, kata penyiasat dalam laporan awal.
Mayat Brandon Lee Buschman, 34, ditemui dalam peti sejuk beku di ruang bawah tanah sebuah rumah tidak berpenghuni di bandar Biwabik pada 26 Jun lalu.
Polis sebelum ini mengeluarkan waran tangkap bagi memberkas Buschman yang dikaitkan dengan kes narkotik.
"Akibat panik dengan kehadiran anggota polis, Buschman bertindak menyorok di dalam peti sejuk yang sudah lama tidak digunakan.
"Ia adalah model lama yang tidak boleh dibuka dari dalam," kata penyiasat.
Tiada kesan trauma atau kecederaan ditemui pada tubuh mayat lelaki tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!