Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Guan Eng sedia bekerjasama siasatan polis isu 3R

10 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 10 Julai 2023

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengesahkan belum dipanggil polis untuk siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R).

Guan Eng berkata, bagaimanapun sedia bekerjasama sekiranya diminta berbuat demikian dan mendakwa kenyataannya itu diputar belit sebuah portal berita yang melakukan terjemahan yang tidak tepat.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, akhbar berbahasa Mandarin yang menjadi rujukan portal berita terbabit sudah mengeluarkan kenyataan berasingan semalam.

Guan Eng berkata, apa yang disuarakannya adalah sebuah kuil Hindu lama berusia lebih 70 tahun yang dirobohkan kerajaan negeri Kedah pada 2020 dan bukan seperti yang didakwa.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita berkenaan, Guan Eng berkata, beliau tidak bercadang berbuat demikian pada ketika ini.

Semalam, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G S Suresh Kumar, dilaporkan bahawa menerima beberapa laporan polis terhadap Guan Eng.

Beliau berkata, laporan polis yang diterima itu berkaitan kenyataan Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R dengan mendakwa 'gelombang hijau' bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat 'gelombang hijau' daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian