Gunung berapi Karangetang di Indonesia meletus
JAKARTA - Gunung berapi Karangetang di Pulau Siau di luar pantai Sulawesi Utara Indonesia meletus pada pagi Isnin, menyaksikan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong supaya menjauhi kawasan itu.
Ketua Agensi Geologi negara Sugeng Mujiyanto dalam satu kenyataan berkata, gunung berapi yang mempunyai dua kawah aktif itu meletuskan abu panas sejauh dua kilometer (km) ke tenggara, lapor Xinhua.
Beliau meminta penduduk dan pengunjung supaya tidak menjalan sebarang aktiviti dalam radius 2.5-3.5 km dari kawah memandangkan aliran lava dan asap panas yang berbahaya.
Pihak berkuasa Indonesia telah menaikkan amaran kepada tahap tiga dalam sistem empat peringkat di gunung berapi setinggi 1,784 meter sejak Mei, berikutan aktiviti gunung berapi yang semakin aktif. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!