Lelaki maut nahas tiga kenderaan
KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit nahas libatkan tiga kenderaan di Jalan Kerdau, Temerloh pada Isnin.
Mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Proton Satria disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Perhubungan of Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, wanita pemandu kereta jenis Proton Saga dan pemandu lori yang terlibat dalam nahas itu dilaporkan cedera.
Menurutnya, tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh ke lokasi untuk bantuan menyelamat selepas menerima laporan tentang kemalangan itu jam 2.10 petang.
"Mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini menggunakan kenderaan EMRS bomba untuk menerima rawatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!