Pas dakwa ada pihak cuba gagalkan program PN di Selangor

Hantaran di muat naik di Facebook Zaidy mengenai dakwaan menerima provokasi menghalang ceramah Kita Bangkit pada Selasa.
Hantaran di muat naik di Facebook Zaidy mengenai dakwaan menerima provokasi menghalang ceramah Kita Bangkit pada Selasa.
A
A
A

SELAYANG - Pas Selayang mendakwa terdapat cubaan menggagalkan siri Jelajah Selangor Baharu Kita Bangkit di kawasan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada Selasa (esok).

Yang Dipertuanya, Zaidy Abdul Talib berkata, pihaknya telah menerima ancaman provokasi daripada pihak tertentu bagi menghalang ceramah berkenaan diteruskan.

Beliau meluahkan kekesalan dengan tindakan tersebut yang tidak melambangkan semangat demokrasi seperti yang sering dilaungkan.

"Ada orang politik yang berjawatan dan berkepentingan tidak puas hati penganjuran ceramah ini. Mereka cuba menggagalkan program ini dengan pelbagai kaedah dan cara.

"Bagaimanapun, Insya-ALLAH program akan berjalan seperti biasa dan tiada perubahan. Program akan dijalankan di Simpang Empat Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara bermula jam 8.30 malam," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, telah membuat persiapan selama sebulan bagi memastikan kelancaran program anjuran Perikatan Nasional (PN) Selayang itu.

Malah katanya, program tersebut mengikut garis panduan ditetapkan dan telah mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga polis.

Zaidy menganggap provokasi tersebut sebagai isu terpencil dan tidak mengganggu persiapan program tersebut.

Antara pemimpin utama yang akan hadir ke program tersebut ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta bekas ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!