Kehidupan di rumah pangsa kos rendah
PASUKAN Ceritalah pertama kali jumpa Mala, seorang penduduk PPR Kota Damansara (rumah pangsa kos rendah yang dibina kerajaan) tepat setahun lalu. Beliau dulu dan masih pragmatik, proaktif dan positif.
Walaupun masih ada lagi sedikit keperibadian lantang, beliau kini kelihatan letih dan berasa jengkel.
"Keadaan adalah okey, cucu saya adalah kekuatan saya."
Sebelum ini, kita ketahui bahawa salah seorang daripada anak-anak lelakinya telah meninggal dunia dan seorang lagi dalam penjara.
Tidak mengejutkan, Mala terpaksa menghentikan perniagaan murukunya. Kedai yang disewanya sebanyak RM300 telah menjadi begitu mahal. Selama setahun lalu, beliau telah bergantung pada hampir sepenuhnya bantuan kebajikan dan RM150 yang anak perempuannya beri setiap bulan.
Bagaimanapun, Mala berazam untuk membuka semula kedainya. Beliau baru-baru ini memulakan kerja sebagai pegawai keselamatan di PPRnya untuk mencukupi sara hidupnya dan berharap dapat menyimpan cukup wang untuk melaksanakan rancangannya.
"Saya akan membuka kedai lagi selepas ini. Saya hendak bekerja selama tiga bulan untuk membuat bayaran."
Syukurnya, menurut Mala, perbelanjaan pasar bulanannya masih berjumlah kira-kira RM260. Lagipun, bantuan kebajikan telah naik dari RM175 setahun lalu ke RM250.
"Bagi saya, jika saya dapat bantuan kebajikan. Ia adalah okey."
Setelah berkata demikian, beliau menghujahkan bahawa ramai penduduk PPR lain yang berasakan kesempitan sedikit berbanding tahun lalu.
"Mereka sentiasa marah pada kerajaan Pakatan Harapan kerana tidak menghulurkan sebarang bantuan berbanding dengan BR1M yang diberikan oleh kerajaan dahulu."
Apabila ditanya mengenai keadaan di PPR berbanding setahun dulu, Mala mengeluh.
"Siling saya masih bocor dari tahun lalu. Tengok itu. Saya bimbang ia akan runtuh. Kami tidak boleh berbuat apa-apa terhadapnya."
Kesihatan juga masih merupakan suatu yang dibimbangkan di rumah pangsa ini, dengan peningkatan sedikit kes denggi akibat sampah (didakwa) hanya dikutip sebulan sekali.
Lagipun, kerana tong-tong sentiasa penuh, penduduk telah mengambil jalan lain dengan melempar sampah dan malah perabot yang sudah tidak dikehendaki dari balkoni mereka amat berbahaya bagi penduduk yang berjalan di sekitar kawasan bangunan ini.
Dadah juga adalah suatu kebimbangan yang berterusan.
"Masih terdapat banyak isu-isu dadah di sini. Saya tidak faham mengapa tidak ada sesiapa menanganinya. Kita dapat lihat mereka di mana-mana."
"Jika mereka dapat tahu kami melaporkan mengenai mereka (kepada polis), mereka akan pukul kami."
Bagaimanapun, Mala mengaku terdapat beberapa kemajuan. Sebagai contoh, Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) yang menguruskan PPR telah menggantikan semua besi pagar yang patah dan hilang sepanjang koridor tingkat atas.
Kerajaan juga menangani isu sewa atas sewa di PPR. Wakil yang dipilih (seperti YB Shatiri Mansor) sering melakukan lawatan.
"Beliau datang setiap Khamis. Setiap orang bertemu beliau. Malah sampai ke malam. Dia OK."
Setelah berkata demikian, terdapat beberapa isu yang perlu ditangani segera. Seperti yang dijangkakan, semua isu yang diketengahkan Mala adalah untuk orang yang lain, bukan dirinya.
"Mereka perlu memperbaiki lif. Malah saya takut menggunakannya sekarang. Lif di blok B tersangkut beberapa kali."
Beliau juga menyorot beberapa siri kejadian yang kelihatan seperti penculikan di sekolah berhampiran.
"Saya juga berharap bahawa sekolah itu boleh memperbaiki keadaan keselamatannya."
"Tiga kanak-kanak telah hilang semalam. Apabila penduduk buat laporan, mereka (pihak berkuasa) berkata ia tidak sampai (iaitu kanak-kanak itu tidak hilang lebih daripada) 24 jam lagi. Mengapa perlu anda tunggu sampai 24 jam? Saya beritahu bahawa kanak-kanak itu boleh jadi nakal, tetapi mereka tidak pulang ke rumah sejak malam tadi."
"Cucu saya adalah kekuatan saya." Kata-kata ini menjelaskan banyak perkara.
Seperti Mala kata, ia baru hanya setahun, tetapi terdapat banyak yang perlu dilakukan.
Dalam siri ini, Malaysia Kini dan Dulu, Karim dan Pasukan Ceritalah bertemu semula orang Malaysia biasa yang mereka telah jumpa sebelum 9 Mei 2018 yang bersejarah untuk melihat perkara-perkara yang telah berubah sejak dua belas bulan lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!