PRN: BN, PH Kelantan umum calon 23 Julai

Zawawi
Zawawi
A
A
A

PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) dan rakan sekutunya Pakatan Harapan (PH) memilih 23 Julai ini sebagai tarikh keramat untuk mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman ketika ditemui pemberita pada Selasa.

"Insya-ALLAH Pengerusi PH, Datuk Seri Awnar Ibrahim dijangka hadir pada majlis itu nanti," katanya.

Menurut beliau, pengumuman semua calon untuk 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan berlangsung di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang.

Ujarnya, pelancaran jentera PRN BN-PH akan turut dilangsungkan pada malam tersebut.

Zawawi memberitahu, untuk PRN kali ini BN akan menampilkan 80 peratus muka baharu.

Tambah beliau, muka baharu melibatkan pelbagai latar belakang termasuk golongan agama, ahli akademik dan sebagainya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!