Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ibu tunggal hidap talasemia tabah besarkan tiga anak sendirian

11 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 11 JULAI 2023

Sukar dibayangkan kesukaran dilalui seorang ibu tunggal, Maznah Mohd Yusof di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru yang menghidap talasemia bertarung membesarkan tiga orang anak berusia 14 hingga 11 tahun tanpa sumber pendapatan tetap, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Amin.

Maznah, 36 berkata penyakitnya itu mula diketahui lapan tahun lalu, selepas demam dan kerap pengsan akibat sel darah merah yang tidak normal.

Akuinya, pelbagai pekerjaan dilakukan termasuk bekerja kerani hotel dan kilang, namun ia tidak bertahan kerana dirinya kerap pengsan dan letih.

Video berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/video

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian