6 maut akibat hujan lebat di Jepun
TOKYO - Hujan lebat selama beberapa hari di barat daya Jepun mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan menyebabkan banyak kediaman dan infrastruktur rosak teruk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pencarian tiga orang yang dilaporkan hilang diteruskan di wilayah Saga dan Oita kira-kira 100 km dari Nagasaki di pulau utama barat daya Kyushu pada Selasa, lapor media Jepun.
Sungai yang melimpah ke tebing dan tanah runtuh dilaporkan di beberapa tempat. Ratusan ribu penduduk terpaksa mengosongkan rumah mereka.
Di beberapa kawasan, penduduk telah kembali untuk mula membersihkan jalan yang dipenuhi lumpur dan rumah yang rosak teruk. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!