Balic perkukuh benteng Kelantan United

Dominik Balic jadi tonggak import terbaharu dibawa masuk oleh Kelantan United dalam usaha perkukuh lagi benteng pertahanan pasukan berdepan baki saingan Liga Super musim ini.
Dominik Balic jadi tonggak import terbaharu dibawa masuk oleh Kelantan United dalam usaha perkukuh lagi benteng pertahanan pasukan berdepan baki saingan Liga Super musim ini.
A
A
A

DOMINIK Balic menjadi tonggak import terbaharu yang dibawa masuk oleh Kelantan United FC (KUFC) dalam usaha memperkukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, pemain berusia 27 tahun itu dibawa masuk dari kelab divisyen kedua Crotia, NK Dugopolje sempena pintu perpindahan kedua Liga Malaysia ketika ini.

"Pihak pengurusan berharap pemain yang pernah beraksi bersama Melaka United 2019 lalu itu dapat membantu pasukan.

"Kita yakin dan percaya, pengalaman beraksi di Liga Malaysia sebelum ini tidak membuatkan dia kekok untuk bersama Kelantan United," katanya pada Selasa.

Menurut beliau, Balic dijangka akan menjadikan benteng pertahan Kelantan United lebih ampuh dalam mengekang setiap asakan pihak lawan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Kelantan United terus bernafsu mengukuhkan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Super apabila mengikat pemain kelahiran Uzbekistan, Sirojiddin Rakhmatullaev.

Pemain tengah bertahan itu menjadi pemain import keempat dibawa masuk dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Sebelum itu, Sang Kijang Hijau mengikat dua 'oppa' dari Korea Selatan, Kim Min Kyu dan Kim Deok serta penggempur berbisa jiran tetangga Kelantan FC, Ismaheel Akinade.