PRN: Pas Kelantan belum tetap tarikh umum calon

Wan Roslan
Wan Roslan
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan belum menetapkan sebarang tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Setiausahanya, Wan Roslan Wan Hamat berkata, bagaimanapun perkara tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat.

"Tunggulah, masanya akan tiba. Biasanya pengumuman akan dibuat seminggu sebelum penamaan calon," katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Pada PRN kali ini Pas akan bertanding di 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Baki enam lagi kerusi di serahkan kepada rakan sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, Barisan Nasional (BN) dan rakan sekutunya Pakatan Harapan (PH) memilih 23 Julai ini sebagai tarikh keramat untuk mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRN di Kelantan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman ketika ditemui pemberita pada Selasa.

"Insya-ALLAH, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir pada majlis itu nanti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!