Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Sanusi tiada kaitan dengan banglo mewah di Sik - Pejabat MB Kedah

11 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 11 Julai 2023

Pejabat Menteri Besar Kedah, menafikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada kaitan dengan foto sebuah banglo di Sik seperti ditularkan di media sosial pada Isnin.

Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah, foto lengkap dengan imej google map itu cuba digambarkan ada kaitan dengan Menteri Besar Kedah hingga timbul tanggapan kononnya banglo itu milik beliau.

Kata kenyataan itu lagi, foto sedang ditularkan oleh pemfitnah dan pendengki di serata media sosial itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Pejabat Menteri Besar Kedah, menjelaskan kediaman itu adalah milik orang lain yang dibina hasil titik peluhnya sendiri setelah bekerja keras selama puluhan tahun.

Kenyataan itu turut memberitahu, pemilik rumah itu bukan orang politik, malah tidak ada kena mengena dengan politik ataupun pilihan raya.

Pejabat Menteri Besar Kedah turut mempersoalkan mengapa pemilik rumah dijadikan mangsa seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram sedangkan dia telah lama bekerja keras mencari rezeki hasil titik peluhnya sendiri.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian