China, Tokyo siap-siaga berdepan gelombang haba

Orang ramai berjalan menggunakan payung semasa gelombang panas melanda Beijing baru-baru ini. - AFP
Orang ramai berjalan menggunakan payung semasa gelombang panas melanda Beijing baru-baru ini. - AFP
A
A
A

TOKYO - Jepun dan China sedang mengalami gelombang haba yang tidak menentu dan sekali gus menyaksikan bagaimana pemanasan global telah menjejaskan aktiviti kesihatan dan ekonomi negara tersebut.

Pegawai cuaca Jepun mengeluarkan amaran strok haba di Tokyo pada tahun ini dan wilayah berdekatan sambil menggesa orang ramai tinggal dalam rumah dan mengelakkan berada di luar terlalu lama.

Sehingga kini, rekod suhu di Tokyo mencecah 35 darjah Celsius yang boleh menyebabkan risiko strok haba berada dalam 'paras bahaya' sepanjang hari.

Strok haba amat berisiko kepada golongan warga emas di Jepun kerana ketahanan panas mereka adalah kurang berbanding golongan muda.

Lebih separuh daripada 3,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba dalam tempoh tujuh hari sehingga 2 Julai membabitkan mereka berusia lebih 65 tahun.

Di China, suhu meningkat di Beijing lebih 40 darjah Celsius selama dua hari berturut-turut pada minggu lalu sehingga mencetuskan kerajaan mengeluarkan 'amaran merah' untuk haba.

Justeru pegawai di Beijing mengarahkan majikan menghentikan kerja di luar, manakala kerajaan Jepun meminta sektor perniagaan menggunakan kurang pencahayaan di pejabat dan kemudahan untuk menjimatkan tenaga dan mengelakkan kekurangan kuasa. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!