Anwar hadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan

Anwar tiba di pekarangan Menara Dato Onn, WTC pada jam 8.30 malam bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, pada Selasa.
Anwar tiba di pekarangan Menara Dato Onn, WTC pada jam 8.30 malam bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) jam 8.30 malam bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, pada Selasa.

Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof pula dilihat memasuki Menara Dato Onn itu jam 8.10 malam.

Sebelum itu, beberapa pemimpin parti gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) memasuki WTC seawal jam 7.50 petang bagi menghadiri mesyuarat yang sama.

Antaranya adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Nancy Shukri; Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Difahamkan mesyuarat berkenaan akan bermula jam 8 malam ini.

Mesyuarat kali ini menjadi tumpuan dengan beberapa keputusan besar dijangka diputuskan terutamanya melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Petugas media difahamkan telah berada di pekarangan lobi Menara Dato Onn sejak jam 7.30 petang bagi membuat liputan mengenai mesyuarat berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!