Lebuh Raya E22 perlu ditambah baik

Orang ramai yang menggunakan laluan Lebuh Raya Senai-Desaru akui laluan berkenaan memerlukan beberapa penambahbaikan bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna.
Orang ramai yang menggunakan laluan Lebuh Raya Senai-Desaru akui laluan berkenaan memerlukan beberapa penambahbaikan bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna.
A
A
A

LEBUHRAYA Senai-Desaru atau lebih dikenali sebagai Senai Desaru Expressway Berhad (SDEB) dan Lebuh Raya E22 yang dibina pada 2005 telah beroperasi sepenuhnya 10 Jun 2011 merupakan laluan paling pantas untuk ke Pantai Desaru dan Bandar Penawar.

Bagaimanapun, lebuh raya sepanjang 77 kilometer itu dikenal pasti antara lokasi utama nahas hingga melibatkan kemalangan maut.

Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI luahan serta cadangan daripada orang ramai bagi menangani perkara berkenaan.ya,” katanya.

RATA-RATA orang ramai yang menggunakan laluan Lebuh Raya Senai-Desaru mengakui laluan berkenaan memerlukan beberapa penambahbaikan bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna.

Ini berikutan beberapa insiden kemalangan termasuk kemalangan maut yang seringkali dilaporkan berlaku di sekitar kawasan berkenaan.


Salleh
Salleh

Menurut seorang kakitangan swasta, Salleh Bakrun, 45, laluan lebuh raya berkenaan perlu ditambah baik dengan menambah lorong sedia ada bagi memudahkan pengguna.

Katanya, laluan ketika ini yang menyediakan dua lorong sahaja wajar ditambah menjadi tiga atau empat lorong bagi melancarkan lagi perjalanan pengguna.

“Bagi saya lebuh raya ini sepatutnyanya ada empat atau tiga lorong. Kena pula dengan namanya expressway atau laluan pantas, memang perlu ada lebih lorong sebab semua kenderaan (kereta, lori, motosikal) yang lalu kat sini, memang laju.

“Tapi sekarang ini hanya ada dua lorong. Jadi, bila hanya ada dua lorong, jadi agak susahlah, tambahan pula bila kenderaan banyak contohnya cuti hari minggu. Selain itu ada bahagian laluan ini yang dijadikan laluan satu lorong sahaja terutama ketika menghampiri Jambatan Sungai Johor.

“Ada yang ambil kesempatan untuk memotong kenderaan di hadapan biarpun laluan di sini kebanyakannya merupakan laluan garisan berkembar (dilarang memotong) dan mungkin perkara seperti inilah yang menjadi antara penyebab kemalangan sering berlaku di kawasan ini,” katanya.

Selain itu, tambah Salleh, pembahagi jalan (divider) juga perlu dibina di lebuh raya tersebut kerana boleh dijadikan panduan kepada pengguna.

Katanya, ketiadaan pembahagi jalan menyebabkan pengguna melanggar peraturan dengan memotong di garisan berkembar termasuk di laluan satu lorong berhampiran Jambatan Sungai Johor.

“Tak macam highway lain, highway Desaru ini saya tengok memang tak ada divider dan pemandu hanya berpandukan garisan yang ada macam garisan putus-putus atau garisan berkembar.

“Harap perkara seperti ini dapat diberikan perhatian oleh pihak berkenaan sebab dengan adanya divider boleh membantu pemandu untuk berada di laluan betul,” katanya.


Khalid
Khalid

Pendapat sama disuarakan oleh Khalid Hashim, 43, pekerja swasta yang mahu laluan di lebuh raya itu dilebarkan dengan menambah lorong sedia ada.

Katanya, lorong yang terhad seperti dua lorong dan juga laluan satu lorong membuatkan orang ramai tidak sabar untuk memotong kenderaan di hadapan.

“Bagi saya laluan ini seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya tiga lorong seperti di highway lain.

“Dengan adanya pertambahan lorong ini akan membantu melancarkan serta memudahkan lagi perjalanan orang ramai.

“Bagaimanapun pada pendapat saya, pokok pangkalnya pengguna (pemandu), memang perlu sentiasa berdisiplin ketika berada di jalan raya atau lebuh raya,” katanya.


Anwar
Anwar

Sementara itu, seorang lagi kakitangan swasta, Anwar Azmi, 32, berkata, lebuh raya berkenaan juga perlu dilengkapi dengan kemudahan lampu jalan berikutan keadaan agak gelap pada waktu malam termasuk awal pagi.

Katanya, keadaan itu agak berbahaya kepada pengguna.

Selain itu katanya, lebuh raya itu juga memerlukan satu atau dua lagi hentian rehat dan rawat (R&R) untuk keselesaan pengguna.

“Setakat ini hanya ada hentian Layang di lebuh raya itu (di kedua-dua arah) bagi kemudahan pengguna untuk ke tandas, berehat, makan dan juga mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.

Cuai dan sikap pengguna jalan raya punca kemalangan

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berpendapat, kecuaian serta sikap pengguna lebuh raya dikenal pasti antara punca kemalangan di Senai Desaru Expressway (SDE).

Pendapat itu disuarakan oleherdasarkan kepada laporan kemalangan yang diterimanya daripada kawasan berkenaan, katanya.

“Kalau tengok, banyak laporan yang kita terima, kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri di mana mereka juga kurang berhati-hati.

“Sebagai contoh, ada kemalangan motosikal terbabas sendiri termasuk kereta nak potong deretan panjang tak lepas...bukan di double line (garisan kembar), tapi garisan putus-putus dan kita tahu di double line pun ada juga yang memotong.

“Di situ kita pun boleh nampak, banyak kemalangan yang berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri...lagi pun lebuh raya ini adalah laluan utama orang dari JB (Johor Bahru) ke Desaru atau orang yang bekerja di Pengerang nak balik ke JB,” katanya kepada Sinar Harian.

Papan tanda laluan satu lorong di lebuh raya berkenaan.
Papan tanda laluan satu lorong di lebuh raya berkenaan.

Mengulas lanjut, Hussin berkata, pemantauan serta rondaan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Tinggi dan Balai Polis Penawar dilakukan secara berkala di sekitar kawasan KM58.

Malah katanya, pihaknya turut menempatkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya berkenaan.

“Kita tidak ada operasi had laju di kawasan ini, kerana kita nak tengok daripada situasi semasa walaupun ada rondaan berkala dibuat.

“Rondaan berkala ini melibatkan kilometer (KM) 58 serta KM57.2 yang sering menjadi lokasi kemalangan di lebuh raya ini...kita pun tak tahu kenapa kawasan tu selalu kena.

“Kita dapati, laluan di situ memang cantik dan ia lurus sehingga ke Jambatan Sungai Johor,” katanya.

Sementara itu, difahamkan peruntukan bagi tujuan menambah baik lebuh raya berkenaan telah pun diluluskan pada pembentangan Bajet 2023 Februari lalu.

Peruntukan berkenaan diluluskan bagi tujuan menambah baik jaringan lebuh raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di SDE.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!