Erfan, Zamsaham tandatangan perjanjian rahsia

Erfan Aktif mengesahkan beliau sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman pada selasa.
Erfan Aktif mengesahkan beliau sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman pada selasa.
A
A
A

PEMILIK Erfan Gym & Fitness, Erfan Aktif mengesahkan beliau sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman pada selasa..

Erfan berkata, perjanjian itu menunjukkan betapa seriusnya beliau untuk menjadi pemilik penuh atau pemegang saham pasukan itu.

"Intipati perjanjian, masa dan tarikh perjanjian ditandatangani tidak boleh didedahkan.

"Hal ini kerana semua itu masih dalam perbincangan dan rundingan bersama Kelantan FC," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut beliau, sebarang perkhabaran berkait dengan Kelantan FC akan dikongsikan dari masa ke masa.

Ujarnya, semua peminat diharap dapat mendoakan semoga apa yang diimpikan itu menjadi kenyataan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Erfan Gym & Fitness sudah menyediakan pasukan sebagai bukti betapa seriusnya mereka untuk menjadi pemilik Kelantan FC.

Pemiliknya, Erfan Akif berkata, pasukan khas tersebut akan membantunya dalam kerja-kerja pengurusan.

"Selain itu, saya juga mempunyai sumber kewangan kukuh untuk memiliki Kelantan FC.

"Selain mengusahakan gimnasium, saya juga memiliki perniagaan kedai emas bersama keluarga dan import eksport minuman kecergasan," katanya ketika ditemui di Jelawat, di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:Erfan Gym & Fitness serius ambil alih Kelantan FC

'Saya bukan scammer' - Erfan

Bukti serius miliki TRW, Erfan Akif sedia 'pasukan'

Tawaran Kelantan FC: Bukan RM10 juta

Norizam tak terdesak jual Kelantan FC

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!