SPRM kesan Justin Lim bantu siasatan

Justin Lim Hwa Tat
Justin Lim Hwa Tat
A
A
A

PUTRAJAYA - Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

SPRM dalam satu kenyataannya berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Datuk Justin Lim Hwa Tat yang berusia 47 tahun.

Menurutnya, alamat terakhir Hwa Tat adalah No 54, Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Freddick Makiun di talian 03-88700480 atau 014-8595925 atau emel kepada freddick@sprm.gov.my," kata kenyataan itu pada Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!