Tular 54 kenderaan guna lorong kecemasan, perakam diminta tampil

Antara kenderaan yang dirakam menggunakan lorong kecemasan dipercayai di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kulai ke Sedenak.
Antara kenderaan yang dirakam menggunakan lorong kecemasan dipercayai di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kulai ke Sedenak.
A
A
A

KULAI - Polis meminta pemilik video yang merakam aksi berpuluh buah kenderaan menggunakan lorong kecemasan dipercayai di Lebuhraya Utara-Selatan dari sini ke Sedenak tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan kejadian tersebut menerusi video tular dalam Facebook pada pagi Selasa

“Video terbabit telah mendapat perhatian masyarakat dan semakan mendapati tiada laporan polis dibuat berkaitan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, pemilik video diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penguatkuasa Trafik, Inspektor Alexander Jeremy Jimy di talian 016-5821274.

Terdahulu tular sebuah hantaran video memaparkan senarai 54 kenderaan lengkap nombor pendaftaran yang menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya itu.

Senarai itu turut menyatakan jenis-jenis kenderaan yang terlibat termasuk Proton, Honda, Perodua dan Mercedes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!