Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Guru taska didakwa cuai jaga kanak-kanak sehingga lemas

12 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Guru taska didakwa cuai jaga kanak-kanak sehingga lemas

BERITA MOJO 12 JULAI 2023

Seorang guru taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu kerana cuai terhadap seorang kanak-kanak yang lemas di dalam kolam renang, April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Tertuduh, Esther Christina Samuel Ponniah, 58 tahun, melakukan kesalahan itu pada 17 April 2023 pada jam 10.20 pagi di Kolam Renang Centro Club, Jalan Sri Klebang 2, Bandar Baru Sri Klebang di Ipoh.

Tertuduh yang faham pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Hakim Jesseca Daimis kemudiannya menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam tertuduh, Gary Xavier meminta jumlah tersebut dikurangkan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/267775/berita/semasa/guru-taska-tak-mengaku-cuai

#SinarHarian #BeritaMojo