Dua pelajar sekolah antara 377 ditahan dalam Ops Tapis

Muhamad Zaki (kanan) menunjukkan kejayaan sepanjang Ops Tapis Khas bermula 5 Julai hingga Selasa.
Muhamad Zaki (kanan) menunjukkan kejayaan sepanjang Ops Tapis Khas bermula 5 Julai hingga Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua pelajar sekolah menengah antara 377 penagih yang ditahan sepanjang Ops Tapis Khas bermula 5 Julai hingga Selasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.

"Daripada jumlah itu, seramai 353 merupakan warga tempatan dan selebihnya warga asing berusia lingkungan 16 hingga 62 tahun melibatkan 329 kes serta nilai rampasan RM781,196.95 manakala hasil sitaan RM38,353.01.

"Dianggarkan jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 110,923 orang penagih," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), di sini pada Rabu.

Menurut beliau, Polis Kelantan akan terus melipat gandakan operasi dalam membanteras penyalahgunaan dadah di negeri ini.

"Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti tersebut," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!