Kuartet 4x100m lelaki negara keenam terbaik Asia

Aksi Azeem (kiri) semasa acara akhir 4x100m lelak Kejohanan Olahraga Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok pada Rabu. - Foto Asian Athletics Championships 2023
Aksi Azeem (kiri) semasa acara akhir 4x100m lelak Kejohanan Olahraga Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok pada Rabu. - Foto Asian Athletics Championships 2023
A
A
A

KUARTET 4x100 meter (m) lelaki negara menyingkap tirai hari pertama acara akhir Kejohanan Olahraga Asia dalam kedudukan keenam di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok, Thailand pada Rabu.

Kuartet negara dibarisi pelari Muhammad Azeem Fahmi, Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa dan Mohammad Thaqif Hisham menamatkan saingan dengan catatan 39.17 saat (s).

Thailand mendominasi acara itu ternyata dalam dalam tersendiri apabila turut mencatat rekod baharu 38.55s menerusi pecutan padu Natawat Iamudom, Soraot Dapbang, Chayut Khongprasit dan Puripol Boonson.

Pingat perak menjadi milik kuartet China (Wu Zhiqiang, Xie Zhenye, Chen Jiapeng dan Chen Guanfeng) dengan masa 38.87s, manakla Korea Selatan (Lee Simon, Ko Seunghwan, Shin Minkyu serta Park Wonjin) meraih gangsa (38.99s).

Sementara itu, kuartet 4x100m wanita negara diwakili Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Chelsea Cassiopea Evali Bopulas mengakhiri cabaran negara di kedudukan kelima dengan catatan 45.56s.

Dalam pada itu, China seperti dijangka menepati ramalan apabila meraih emas dengan catatan 43.35s diikuti Jepun kedua (43.95s) manakala Thailand ketiga (44.56s).

Sementara itu, pemegang rekod kebangsaan, Umar Osman gagal mara ke akhir apabila sekadar menamatkan aksi separuh akhir pertama saingan 400m lelaki di kedudukan keempat dengan catatan 46.42s.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!