Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Khamis berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Berdasarkan jemputan kepada pihak media, laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 2.30 petang.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Menerusi video tular dipercayai ketika menyampaikan ceramah, Mohamad Sanusi juga turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga dilaporkan berkata, beliau yakin negeri diterajuinya mampu menjadi paling maju sekiranya ia berada berhampiran Kuala Lumpur.

Muhammad Sanusi juga mendakwa Selangor tidak boleh dijadikan model negeri Pakatan Harapan (PH) paling berjaya kerana pemerintahan yang bijak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!