Gajah liar ganggu Orang Asli dipindahkan
13 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 13 JULAI 2023
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah liar selepas sebulan dilaporkan menceroboh kawasan penduduk dan merosakkan kelengkapan sekolah di Pos Perwor, Sungai Siput, Perak pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.
Operasi memindahkan gajah betina seberat dua tan itu dilaksanakan selepas menerima enam aduan serius kehadiran kumpulan gajah ID Piah dari hutan simpan berhampiran.
Khidmat dua gajah denak, Suria dan Kala digunakan untuk memujuk dan menarik haiwan liar itu sejauh 300 meter ke atas lori.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/267820/Gajah-liar-ganggu-Orang-Asli-dipindahkan
Muzik: www.bensound.com