Tawaran lumayan buat Henderson di Arab Saudi

Henderson - Foto Agensi
Henderson - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN Liverpool, Jordan Henderson ditawar gaji lumayan empat kali ganda untuk menyertai Al Ettifaq beraksi dalam saingan Liga Pro Saudi pada musim baharu ini.

Jika ia menjadi realiti Henderson akan kembali bergabung dengan Steven Gerrard yang merupkan bekas rakan sepasukan di Anfield.

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini dilihat tidak berminat dengan tawaran tersebut bagi mengelak peluang beraksi dalam saingan Euro 2024 bersama England tidak terjejas.

Kapten Liverpool itu bagaimanapun tampak sukar menolak tawaran kontrak tersebut, lapor Athletic.

Di Anfield, Henderson dipercayai berpendapatan 190,000 pound (RM1.14 juta) seminggu dan dia tidak perlu membayar sebarang cukai di Timur Tengah.

Henderson yang mempunyai baki kontrak dua tahun bersama The Reds dilaporkan akan berbincang dengan jurulatihnya, Jurgen Klopp sebelum membuat keputusan besar itu.

Pemain itu juga perlu membuat pertimbangan lain sekiranya dia berkelana ke Arab Saudi.

Henderson yang mempunyai 77 kap bersama Three Lions sedar peluangnya tersenarai dalam skuad Gareth Southgate ke Jerman pada musim panas akan datang mungkin terjejas susulan taraf liga yang lebih rendah.

England hampir pasti layak ke Euro 2024 dan Henderson menjadi antara tonggak dalam perancangan Southgate.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!