Neelofa selamat bersalin anak kedua
SELEBRITI popular, Neelofa selamat melahirkan anak lelaki kedua pada 11 Julai lalu pada jam 10.45 malam.
Menyifatkan hari kelahiran putera keduanya menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat, berita gembira itu diumumkan sendiri Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis.
"Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
"Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa," ujar mereka dalam kenyataan itu.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020 itu, turut meminta didoakan anak kedua mereka membesar dengan baik dan cerdas, serta diberikan kesihatan dan umur yang panjang.
"Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-ALLAH," tambah mereka.
Neelofa, 34, menerusi akaun Instagramnya memaklumkan akan berkongsi nama putera kedua mereka pada hari ketujuh kelak.
Sekadar info, Neelofa, 34, dan Haris, 28, turut memiliki seorang lagi anak lelaki, Muhammad Bilal yang berusia 18 bulan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!