Michael Ang akui berpuasa tak susah
PENGARAH terkenal, Michael Ang, 43, berkongsi pengalaman ketika kali pertama berpuasa iaitu pada tahun lalu.
Menurut pengarah terkenal drama bersiri Suri Hati Mr Pilot itu, perkara yang menyebabkan dia tidak berpuasa ialah kerana dirinya sendiri.
"Alhamdulillah, tahun lalu merupakan ibadah puasa pertama saya tetapi masa saya belajar berpuasa tahun lalu adalah pernah 'kantoi' enam hari tak puasa.
"Bagaimanapun, Ramadan pada tahun ini akan memberi lebih makna kepada saya sebab dapat menjadi diri sendiri tanpa perlu berselindung lagi bila berbuka puasa.
"Sebenarnya tak seksa untuk berpuasa tapi yang seksanya adalah diri saya sebab saya perokok, makan dan minum itu semua saya OK tak ada masalah," luahnya teruja.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan saudara baharu itu memeluk agama Islam sekitar Februari tahun lalu dan tampil membuat pengakuan secara umum pada 30 April 2019.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!