Hutang tertunggak, Al Nassr dilarang daftar pemain baharu

Cristiano Ronaldo - Foto AFP
Cristiano Ronaldo - Foto AFP
A
A
A

KELAB Liga Pro Saudi, Al-Nassr dilarang daripada mendaftarkan pemain baharu kerana tertunggak hutang, kata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Al-Nassr, yang menduduki tempat kedua dalam liga musim lalu selepas menandatangani kapten Portugal, Cristiano Ronaldo pada Januari, menandatangani pemain tengah Croatia, Marcelo Brozovic dari Inter Milan awal bulan ini.

Mereka seterusnya menentang kelab liga Portugal, SC Farense dalam perlawanan persahabatan pada Jumaat.

“Kelab Al-Nassr kini dihalang daripada mendaftarkan pemain baharu kerana tertunggak hutang.

“Larangan berkaitan akan ditarik balik serta-merta selepas penyelesaian hutang disahkan oleh pemiutang berkenaan,” jurucakap FIFA.

Menurut laporan, hutang tertunggak itu berkaitan dengan pemindahan penyerang Nigeria, Ahmed Musa, yang berpindah ke Al-Nassr dari kelab Inggeris, Leicester City pada 2018.

Dalam keputusan pada Oktober 2021, FIFA berkata Al-Nassr masih perlu membayar sejumlah 460,000 euro kepada Leicester untuk mendapatkan Musa, yang bermain 62 perlawanan untuk kelab Arab Saudi itu dalam semua pertandingan, menjaringkan 14 gol, sebelum keluar pada 2020.

Bulan lalu, Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan Projek Pelaburan dan Penswastaan ​​Kelab Sukan melibatkan juara liga Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.

PIF memiliki 75 peratus daripada setiap empat kelab, manakala yayasan bukan untung masing-masing memiliki 25 peratus daripada setiap kelab.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!