Mat London meninggal dunia

Pengarah, Ahmad Ibrahim atau Mat London, 74, menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.57 pagi Jumaat.
Pengarah, Ahmad Ibrahim atau Mat London, 74, menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.57 pagi Jumaat.
A
A
A

PELAKON dan pengarah, Mat London telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.57 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur pada usia 74 tahun.

Berita duka itu disahkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, dalam satu kenyataan pada media sebentar tadi.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat,” ujarnya.

Terdahulu, arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun Mat London yang terkenal dengan watak Pak Karim dalam siri Kampung Pisang terpaksa ditidurkan pada 26 Jun lalu selepas keadaan bertambah kritikal dan tidak memberi sebarang tindak balas.

Selain masalah paru-paru dan keupayaan jantung yang lemah untuk mengepam darah, Allahyarham juga menghidap masalah buah pinggang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!