Henderson setuju sertai Al-Ettifaq

Henderson
Henderson
A
A
A

JORDAN Henderson sudah bersetuju untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq yang dikendalikan oleh bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard.

Namun, Liverpool dilaporkan meminta £20 juta (RM120.5 juta) daripada Al-Ettifaq sebelum melepaskan kaptennya itu.

Henderson, 33 yang masih mempunyai baki kontrak dua tahun di Anfield ditawarkan kontrak £36 juta (RM216.91 juta) setahun yang akan menyaksikan gajinya melonjak naik dari £190,000 (RM1.14 juta) ke £700,000 (RM4.22 juta) seminggu.

Gerrard adalah pengendali Inggeris pertama di Liga Pro Saudi apabila dia mengambil alih Ettifaq awal bulan ini - dan dia mahu Henderson menyertainya.

Bagaimanapun perpindahan Henderson ke Arab Saudi akan menjejaskan peluangnya untuk menyertai England di Euro 2024 tahun depan.

Pengendali England, Gareth Southgate pasti tidak mahu pemain dalam kesebelasan utamanya berpindah ke liga lebih lemah menjelang kejohanan Eropah itu.

Juara Saudi, Al-Ittihad pula menyasarkan seorang lagi pemain tengah Liverpool, Fabinho.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!