Al Ahli sedia bayar RM180 juta untuk Mahrez

Mahrez
Mahrez
A
A
A

AL Ahli bersedia untuk membuat bidaan £30 juta (RM180.75 juta) untuk pemain sayap Manchester City, Riyad Mahrez.

Pemain antarabangsa Algeria itu masih dalam proses menentukan masa depannya dan dia tidak menolak perpindahan itu.

Bagaimanapun, dia masih boleh memilih untuk kekal di Stadium Etihad kerana masih mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya bersama Citu.

Walaupun jumlah RM180 juta adalah nilai yang sangat baik untuk City berdasarkan umur Mahrez dan status kontrak, namun dilaporkan mereka tidak begitu berminat untuk menjual pemain sayap itu.

Pengendali City, Pep Guardiola mahu mengekalkan Mahrez dan Bernardo Silva, yang turut menarik minat kelab dari Arab Saudi.

Mahrez menjadi tonggak utama City sejak berpindah dari Leicester pada tahun 2018.

Dia meledak 78 gol dalam 236 penampilan untuk City, memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris serta satu Liga Juara-Juara Eropah.

City sudah kehilangan seorang pemain senior pada jendela perpindahan musim panas ini, Ilkay Gundogan yang menyertai Barcelona.

Sementara itu, Kyle Walker juga masih belum membuat keputusan berkenaan masa depannya selepas mendapat tawaran daripada Bayern Munich.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!