RM188 bilion Belanjawan 2023 sudah dibelanjakan

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak RM188 bilion daripada RM386.14 bilion Belanjawan 2023 sudah dibelanjakan kerajaan setakat Jun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu meliputi 49 peratus daripada nilai peruntukan iaitu lebih tinggi berbanding tempoh sama dari tahun-tahun sebelumnya.

"Jumlah yang dibelanjakan ini maknanya ada perubahan (dari segi) pelaksanaan cepat dan pantas, jauh lebih baik dari tahun sebelumnya," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024, di sini pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pencapaian perbelanjaan tersebut.

"Ia harus mencapai 60 peratus," katanya.

Belanjawan 2023 merupakan peruntukan terbesar bertanding RM332 bilion untuk Belanjawan 2022 dan RM322 bilion untuk Belanjawan 2020.

Jumlah itu meliputi RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!