Tesla buka tempahan Model Y di Malaysia bermula RM199,000
TESLA mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y elektrik sepenuhnya kini boleh ditempah di negara ini mulai Jumaat ini pada pada harga bermula RM199,000.
Menerusi laman sesawangnya, Tesla yang bakal membuat kemunculan rasmi di pasaran Malaysia minggu depan memaklumkan, Model Y dijangka mula diserahkan kepada pelanggan pada awal tahun depan.
SUV tersebut yang boleh ditempah menerusi pautan tesla.com/en_my/modely/tesla.com/en_my menjadi model elektrik paling laris di dunia selain tersenarai sebagai antara kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan lima bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.
Mengikut perinciannya, kenderaan itu didatangkan dalam tiga varian iaitu versi Model Y [pacuan roda belakang dan pecutan hingga 100 kilometer perjam (km/j) dalam masa 6.9 saat] yang dijual pada harga RM199,00.
Model Y jarak jauh (pacuan semua roda dan dwi-motor) pula ditawarkan pada harga bermula RM246,000 dengan jarak pemanduan lebih jauh iaitu 533 kilometer (km).
Kelajuan maksimum varian itu adalah 217km/j dengan pecutan 0-100km/j dalam masa lima saat.
Varian terakhir adalah Model Y prestasi tinggi (pacuan semua roda dan dwi-motor) dengan harga bermula RM288,000.
Varian berkenaan menawarkan jarak pemanduan 514km dan lebih laju dengan kelajuan maksimum 250km/j dan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.7 saat sahaja.
Ketiga-tiga varian itu ditawarkan bergantung kepada konfigurasi trenkuasa dan selain memberi pilihan untuk memadankan ciri autopilot dan full self driving (FSD).
Kenderaan berkenaan menawarkan lima pilihan warna iaitu Pearl White Multi-Coat, Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic dan Red Multi-Coat.
ARTIKEL BERKAITAN:Kerjasama Elon Musk bawa puluhan ribu peluang pekerjaan - PM
'Selamat datang Tesla' - Amirudin
Anwar, Elon Musk bincang tingkat capaian internet
Beri peluang syarikat tempatan hasilkan kenderaan elektrik
Anwar bertemu Elon Musk secara maya esok
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!